PERASAN TAK

Terdapat dakwaan kononnya golongan minoriti bukan islam di negara kita dilabel sebagai warga 2nd class. Ingin ana ingatkan, sebelum kita percaya bulat2 apa yang digembar-gemburkan di laman sosial tersebut perlu kita tanya diri kita, Benarkah? Apakah mereka dizalimi? Di manakah penindasan itu?

Dan bandingkan dengan keadaan minoriti muslim di negara lain yang kononnya dibawah payungan demokrasi dan liberal? Apakah ianya sedemikian? Jika jelas keadaan mereka baik2 sahaja dan mereka punya nasib terbela seperti golongan majoriti. Jadi dari manakah dakwaan serupa ini muncul? Tidakkah sahabat nampak bahawa jelas agenda tersembunyi itu wujud disebalik ini?


Cuba kita lihat dan selami fakta yang lebih jelas pula, yakni terdapat kelompok besar bukan islam yang memperjuangkan agar negara kita Malaysia yang disayangi ini menjadi sepenuhnya negara sekular, institusi raja dihapuskan, dan hak sama rata Melayu dan bukan Melayu, termasuk untuk menjadi pemimpin tertinggi negara (yang mana rakyatnya majoriti muslim). Apakah ini yang kita mahu? Berdiri di atas prinsip equality mengikut fahaman sekular liberal.




Kita perlu paham, keadilan tidak semestinya kesamarataan. Tak dinafikan kita perlu berkejasama dengan sesiapa pun dalam hal kebaikan, termasuk dengan orang kafir. Namun ingat. Jangan kita duduk di kerusi yang karat. Bekerjasama dengan orang kafir ada batasnya, iaitu antara yang terpenting ialah TIDAK BOLEH MENCEDERAKAN KEMASLAHATAN UMAT ISLAM.


Bukan kita tidak tahu dan tidak perasan laungan kebebasan yang membanjiri laman sosial, facebook contohnya. Menyebarkan propaganda "bebas" membawa hujah2 dari buku2 indie (independence) barat. Dengan sangkaan berfikir tanpa garis panduan syarak itu adalah sebenar-benar erti bebas.

Hakikat diri tertipu.

Jiwa dan akal di dalam penjara nafsu.