ISMA PAS IKRAM


Assalamualaikum semua.

Hari ini saya rasa terpanggil untuk membincangkan serba sedikit berkenaan ketiga-tiga jemaah yang disebut dalam tajuk article kali ini. Saya ialah orang yang jenis suka bertanya, suka mempersoal dan cari jawapan. Satu prinsip yang kita semua perlu pegang ialah, jika kita yakin dengan jemaah kita maka janganlah pula kita malu-malu atau takut untuk berhujah dan berbincang tentangnya. Jangan takut untuk berhujah. Beranilah kerana benar, insyaAllah selepas berhujah, prinsip, kefahaman dan fikrah kita akan menjadi lebih kukuh lagi.

Para pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

Ingatlah, apabila datang satu hujah berbentuk ilmiah kepada kita, maka balaslah dalam bentuk ilmiah juga. Jauhilah sifat yang suka menggunakan emosi apabila berhujah. Kerana jika kita berhujah menggunakan emosi semata-mata, ia memaparkan sifat orang yang taksub, mengikut sesuatu tanpa mengkaji. Sifat ini ialah salah dan perlu kita perbaiki. Saya ingin mengajak kita semua lahirkan sifat suka mengkaji. Kerana melalui kajian dan ilmu sahaja kita akan mampu memahami jemaah kita dengan lebih jelas.

Tidak kiralah dalam jemaah mana sekalipun kita hari ini, jadilah seorang yang berani mengkaji, meskipun jemaah kita sendiri. Setiap tindakan yang dilakukan oleh jemaah kita, kita rujuk kembali sirah, rujuk kembali guru-guru kita, duduk dan berbincang, dan kemudiannya timbanglah dengan neraca taqwa dan iman masing-masing. Jangan jadi individu yang hanya mengikut arus. Begitu juga dengan hal-hal berkenaan jemaah lain, maka rujuklah ahli mereka dan bertanyalah. Kenapa perlu takut dan goyah. Sekiranya apa yang kita dengari itu salah dan bertentangan kita tolak jauh-jauh. Namun jika ianya benar, maka benarkanlah ia.

Sifat orang yang taksub kepada jemaah akan menzahirkan seorang individu yang ingin menutup telinga dan mata mereka dari apa-apa pandangan dan hujah jemaah lain. Ego terbentuk dan menjadi dinding seterusnya memecahkan ukhwah yang terbina. Apa yang didengari atau dibacanya akan ditolak mentah-mentah. Datanglah hujah yang macam mana sekalipun pasti tidak mahu diterimanya apabila ego sudah menguasai diri. Kebiasaannya orang sebegini memilih untuk membalas dengan emosi tanpa hujah ilmiah. Golongan ini ialah golongan yang bersembunyi di sebalik ego dan takut pada kebenaran.

Sebelum saya menghurai lebih lanjut, ingin saya terangkan beberapa perkara asas yang perlu kita fahami bersama. Saya ulang perkara ini ialah Perkara Asas. Jika perkara asas ini kita gagal fahami, maka keseluruhan article ini tidak akan dapat difahami.

Seringkali kita dengar,

"Banyak betul jemaah, semua ini memecah belahkan ummat! Satu jemaah cukup."
"Kita kena ikut jemaah islam paling awal. Paling awal ni paling betul."

Perlu kita fahami, bahawa jemaah yang pelbagai ini tidak memecah belahkan ummah sedikit pun. Bahkan menguatkan islam itu lagi. Lihat contoh khalifah uthmaniyah. Apakah kerajaan uthmaniyah itu sendiri berdiri dalam satu panji? Jawapannya tidak. Terdapat banyak panji-panji yang berada di bawah uthmaniyah. Setiap panji ini membawa nama yang berbeza dan fikrah yang berbeza. Namun apabila berhadapan dengan perkara pokok atau asas, mereka mampu bersatu dan mempertahankan ummah.

Begitulah kepelbagaian jemaah yang wujud sebagai saling melengkapi antara satu sama lain. Kita tak nafikan begitu ramai anak muda berubah dan mendekati islam dibawah ISMA. Kita juga tak nafikan terdapat ramai yang mendapat hidayah di bawah jemaah PAS. Begitu juga dengan jemaah-jemaah lain. Sumbangan dari setiap jemaah ini kita tak nafikan.

Kalau orang tak boleh cara A, kita ada cara B, kalau tak suka cara A dan B, kita ada cara C. Kita semua ada tujuan yang sama untuk menegakkan islam. Mengangkat islam menjadi ustadziyatul alam. Tapi kita perlu ingat, itu bukanlah bermakna setiap jemaah tidak boleh ditegur. Jika ada silap di dalam mana-mana jemaah kita hadirkan dengan teguran. Keluarkan hujah-hujah yang berdasarkan nas-nas syarak. Pakai ilmu, berdasarkan kesesuaian keadaan setempat dan masa. Jangan berhujah pakai emosi.

Namun, jika jelas apa yang dibawa sesuatu jemaah itu akan menggugat kemaslahatan ummah, maka wajib kita tentang. Menegur dan mencegah kebatilan itu wajib. Kita tidak boleh redha dan biarkan sahaja.

Para pembaca yang dirahmati Allah,

Kita jangan terlalu risau dengan wujudnya kepelbagaian jemaah, kerana jika kita semua benar-benar di jalanNya. Kita akan saksikan jemaah-jemaah ini akan bersatu juga apabila berhadapan dengan isu ummah. Tapi kalau tidak mampu bersatu, maka jelaslah ada silapnya di mana-mana jemaah. Perkara yang penting untuk kita fahami sekarang ialah, bagaimana kita menguruskan tarbiyah ahli jemaah, Ini yang utama.

Kita akan saksikan begitu ramai yang sibuk memikirkan jemaah mana paling baik. Tapi dirinya sendiri belum habis membaca kitab sirah. Sirah nabi pun kita tak habiskan lagi, bagaimana mungkin kita nak mengadili jemaah. Belum masuk bab-bab kitab fikrah lagi. Sebab itu, yang paling utama di sini ialah kelangsungan tarbiyah dalam jemaah, ini yang perlu kita fikirkan. Bukannya persoalan jemaah mana terbaik. Setidaknya kita kaji sirah nabi junjungan kita terlebih dahulu.

Persoalan seterusnya ialah perlu ke ikut jemaah yang paling awal tertubuh. Jawapannya tak perlu. Kerana masing-masing mengkaji, masing-masing usaha untuk memahami dakwah dan tarbiah, manhaj dan fikrah, dengan berbekalkan al-Quran dan sunnah. Bahkan para ulama juga berijtihad. Ketika Albanna bersama syubbanul muslimin, dan akhirnya beliau memutuskan untuk tubuhkan ikhwah, apabila di tanya mengapa, beliau menjawab:

“Kerana aku yakin dengan apa yang aku faham, sebab itu aku tubuhkan ikhwan muslimin”.

Kerana itu, kepelbagaian Jemaah itu tidak ada masalah. Masing-masing mempunyai cara yang berbeza, kefahaman yang berbeza, juhud yang berbeza, kerana itulah Allah kurniakan mereka kefahaman agama yang berbeza, dan ijtihad yang berbeza.

Jika PAS ada barisan dan majlis ulama mereka, begitu juga dengan ISMA yang juga dibarisi dengan kepimpinan ulama yang mempunyai organisasinya tersendiri. Maka tidak timbul isu disini untuk bersama kepimpinan ulama kena ikut jemaah yang satu sahaja. Kerana jemaah yang lain juga ditunjangi dengan kepimpinan ulama.

Cuma apa yang membimbangkan adalah PAS masih longgar dalam pengurusan tarbiyah ahli. Isu pengkaderan dan takwin tidak diteliti dari sudut keahlian umum terutama dalam hal ahli yang diangkat menjadi qiyadah. Ini akan membuatkan anasir luar mudah masuk dan menyerang jemaah dari luar. Perkara ini terbukti dengan penubuhan PAN. Ingatlah, PAS mungkin nampak gah dari sudut luaran tetapi jika kita perhatikan dari sudut dalaman ianya rapuh. Pendekatan dan manhaj taghyir yang berbeza dari ikhwan mngkin juga tidak dinafikan menjadi salah satu isu.

Di dalam sesuatu jemaah. Perlunya satu penguatkuasaan tarbiyah ahli dan disiplin ketat dalam peningkatan mustawa supaya mereka yg diangkat adalah yang benar-benar faham akan fikrah.

Salah satu cara untuk kita melihat dan mengenali fikrah jemaah ialah apabila timbul sesuatu isu semasa. Kita akan melihat kepelbagaian tidak balas dari jemaah-jemaah yang ada. Sebenarnya begitu banyak isu-isu yang boleh kita bincangkan, namun cukuplah dalam article ini saya membahaskan satu sahaja. Kita lihat isu perlembagaan Malaysia pada perkara 11(4).

Kita semua amat terkejut, ada seorang ustaz yang agak terkenal di kalangan ahli-ahli IKRAM, yang terus-terang menyatakan bahawa apa yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia pada perkara 11(4) itu tidak relevan dan bukan dari ajaran islam, serta perlu di pinda. Mereka berkata:

“Perlembagaan Malaysia, perkara 11(4) yang melarang penyebaran agama selain islam itu patut di pinda kerana ia bukan dari islam. Tak perlu nak sekat kristianisasi, tetapi apa yang perlu ialah berdialog dan berdebat dengan mereka…”

Isu ini pula secara keseluruhannya mendapat pandangan berbeza dari ISMA. Pemikiran yang dibawa oleh IKRAM ialah salah sama sekali, dan amat bertentangan dengan islam yang di ajar oleh Ar-Rasul dan juga ulama’ salaf dan khalaf. Jika kita benar-benar mahu mengkaji saya sarankan para pembaca sekalian untuk mengkaji betul-betul isu semasa dan lihat prinsip yang dibawa oleh jemaah-jemaah yang ada. Bertanya dan duduk berbincang dengan ahli mereka sendiri. Kita perlu bersikap adil dalam mencari kebenaran. Jika prinsip kita dah kuat, datanglah hujah yang bagaimana sekalipun, pasti kita dapat patahkan.

Para pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

Saya bukanlah mahu menulis panjang, kerana pastinya terdapat begitu banyak lagi yang dapat dihujahkan. Tapi yang paling penting saya ingin ingatkan para pembaca sekalian ialah tidak kiralah jemaah apa pun kita berada sekarang. Jadilah seorang yang mengkaji. Saya ulang, jadilah seorang yang mengkaji. Belajar dan berhujahlah dengan ilmu bukan dengan emosi. Jangan takut untuk mengkaji fikrah jemaah kita sendiri. Rujuk ulama dan murabbi. Jika ianya melibatkan jemaah lain, pergi cari dan dengar dari mereka sendiri. Jangan takut dalam mencari kebenaran.

Hidayah perlu dicari, kita suluh dengan ilmu, iman dan taqwa. Jagan jadi seperti lalang yang bergerak ke kiri dan ke kanan mengikut tiupan angin semata-mata tanpa memiliki kefahaman yang mantap.

Allahualam.

Jika berminat untuk membaca lagi. Boleh baca link-link di bawah. Ada dari penulisan saya sendiri dan ada juga dari akhi-akhi yang lain yang saya kira berkaitan dengan article kali ini.

(link 1) (link 2) (link 3) (link 4) (link 5) (link 6)

ITTAQULLAH



Untuk menjadi orang yang bertaqwa ertinya menjadi orang
yang berada dalam perlindungan Tuhan atau dalam pemeliharaan
Tuhan. Orang yang berada dalam benteng dan kubu
Tuhan. Dia selamat dari serangan luar. Serangan luar tidak lut
dan tidak mengenai dirinya.

Orang bertaqwa itu seolah-olah
telah dipakaikan baju besi atau jaket kalis peluru.
Taqwa adalah pakaian jasad batin atau roh. Ia adalah amalan
jiwa atau roh. Taqwa adalah perkara dalaman dan banyak melibatkan
amalan hati.

Kalau sungguh-sungguh diamalkan dan
dihayati, akan lahir sifat-sifat mahmudah seperti jujur, adil,
benar, berkasih sayang, lemah lembut, pemurah, tawadhuk,
pemalu, bertimbang rasa, berperikemanusiaan, sabar, redha,
tawakal, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, pemaaf,
amanah, tekun, rajin, lapang dada, bekerjasama, simpati, belas
kasihan dan sebagainya.


LALAT

Lalat di hidung. “Diantara tanda-tanda hati yang mati adalah tidak ada rasa sedih apabila telah kehilangan kesempatan untuk melakukan taat kepada Allah dan tidak juga menyesal atas perbuatan (kelalaian) yang telah dilakukannya.” Hati yang didalamnya hidup keimanan akan merasa sedih apabila iman dan taat hilang darinya.

Hati yang beriman itu sangat menyesal apabila melakukan maksiat. Sebaliknya, hati yang dihinggapi kotoran kemaksiatan tidak merasa sedih menjalankan perbuatan maksiat dan kotoran jiwa. Itulah hati yang mati dan buta. Hati yang terbuka oleh iman akan menunjukkan bunyi pada kalimat yang diucapkan seseorang. Halus, jujur, ikhlas dan tidak berbelit. Sebaliknya hati yang hitam tertutup oleh noda akan terbias dari semua kalimat yang diucapkan, tak bisa ditutup-tutupi. Hati yang beriman adalah hati yang hidup, sedang hati yang jauh dari keimanan adalah hati yang mati.
Hati yang hidup oleh keimanan menumbuhkan kebaikan dan ketaatan, sedangkan hati yang tertutup keimanan akan menumbuhkan keburukan dan kemasiatan.

Abdurrahman bin Mas’ud mengatakan: “Orang yang benar-benar beriman, ketika mengingat dosa-dosanya seperti ia duduk di dibawah gunung. Ia khawatir kalau-kalau puncak gunung itu jatuh menimpanya. Adapun orang munafik, ia memandang dosa-dosanya seperti menghalau lalat di ujung hidungnya.” Orang beriman selalu memandang dosa dan kesalahan yang pernah dilakukan seperti beban yang sangat berat rasanya, ia khawatir dosa dan kesalahan akan membawa akibat yang sangat buruk serta menyiksa di akhirat kelak. Ia sangat berhati-hati. Kehati-hatian ini adalah cahaya iman yang masih bertahta dalam hatinya.

Adapun orang munafik menganggap dosa dan kesalahan yang pernah dibuatnya tidak mampu meruntuhkan kedudukannya atau merusak dan menganiayanya. Oleh karena itu, ia menganggap dosa sangat enteng baginya, tidak berarti apa- apa. Seperti mengusir lalat dari ujung hidungnya saja.

BILA BERDOA

1 Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat subuh.
2 Selepas setiap solat fardu lima waktu.
3 Antara solat zuhur, asar dan magrib.
4 Antara azan dan iqamat atau selepasnya.
5 ketika bangun tidur.
6 Selepas baca tasyahud akhir sebelum salam.
7 Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
8 Antara takbir solat hari raya.
9 Ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting.
10 Ketika ditimpa kesulitan, gundah gulana dan rasa gelisah.
11 Ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya.
12 Sepanjang malam, terutama sepertiga yang akhir dan waktu makan sahur.
13 Ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir.

MENCARI KEBAHAGIAAN DALAM TAUBAT

Manusia sering alpa, lupa dan lalai sehingga terperangkap dalam melakukan dosa, khilaf dan salah. Namun Allah Maha Pengampun dan Penyayang, sebesar mana pun kesalahan kita Dia tetap akan maafkan kita asal kita mahu kembali kepadaNYA. Taubat adalah satu usaha daripada melepaskan diri daripada dosa dan kembali kepada Allah dan sebaik-baiknya adalah taubat nasuha. Bagaimana hendak dapatkan taubat nasuha?

1) Besungguh-sungguh dalam meninggalkan dosa
2) Memohon ampun pada Allah
3) Perbaiki diri secara luar dan dalam (sikap dan ibadah)
4) Istiqamah dalam ibadah

Pernah tak kita rasa hidup kita susah, payah, apa kita buat tak kena, hati tak tenang. ya semua tu adalah kesan dosa. Dosa adalah sesuatu yang menghasilkan keresahan di hati. Apabila terlalu banyak keresahan di hati hidup mula terumbang ambing. Benar, apabila kita berhijrah kita akan merasakan keperitan kerana kita meninggalkan benda yang menjadi kebiasaan kita. Adakalanya sunyi, dihina, dipulau, tapi percaya lah, apabila hati kita betul-betul mahu redha Allah, Allah akan datangkan pelbagai  bantuan kepada kita contohnya Allah hadirkan sahabat yang soleh datang nasihat dan bantu kita untuk berubah. “Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.”(Surah An-Nur : 46). Hakikat bahagia.

Kerana bahagia itu terletak pada iman kita.
Iman pula letaknya di hati.
Bagaimana kita boleh hidup bahagia?
Sedangkan hati kita kotor dek dosa yang menodai.